Yang Tersurat Disebalik Yang Tersirat
Gambar bunga ni aku ambik masa hari raya baru2 ni, nicely bloom. Species tak tahu, tapi colourful dan cantik punya pasal aku snap lah sekeping.
Memang cantik ciptaan Allah s.w.t. tapi kita manusia tak pernah menghargai kecantikan, kesempurnaan dan bermacam-macam lagi pemberian Allah s.w.t.
Kita kadang-kadang selalu lupa, benda yang pada zahirnya tak berapa cantik sebenarnya tersimpan 1001 rahsia, macam pkok bunga ni lah, selama ini aku selalu tak perasan pun sebenarnya sebab pokok dia biasa je, tapi sekali dia berbunga, lihatlah betapa cantiknya ia.
Sama jugak dengan kita selalu tengok orang secara luaran aje, tapi apa yang sebenarnya tersirat disebalik yang kita tengok hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu.
So, eloklak kita muhasabah diri kita, nilaikan dulu sesuatu sebelum kita membuat sebarang kesimpulan.
Aku rasa semua orang ingin berubah kearah yang lebih baik, tak ada siapa pun nak jadi tak baik, tapi pokok pangkalnya hati kita dan sekuat mana azam kita nak menjadikan sesuatu itu realiti.
Macam aku sendiri pun, dah berapa kali berenti hisap rokok, lepas 5-6 bulan hisap balik, kenapa? Sebab hati tak kuat, azam tak kuat. Itu aje sebenarnya.
Begitu jugak kita dengan Allah s.w.t. kalau ditimpa kesusahan je, doa bukan main panjang mintak itu, mintak ini tapi apa yang kita beri kat Dia? Adakah kita beribadat kepada Dia sampai bengka-bengkak kaki macam Rasulullah s.a.w? Tak malu ke kita kepadaNya? Tapi Allah itu maha pemurah dan maha mengasihani.
Cheers,
Striker.
2 comments:
cam pepatah omputih 'don't judge a book by its cover'.. i totally agree with u.. kita sbg manusia tak boleh nak memandai judge other people.. the best is to always reflect on ourself first... anyways, nice pic.. pandaila amek gbr.. shud put more pics in ur blog.. leh wat photo blog.. :)
nak tolong jawap.. tu bunga tahi ayam (Lantana camara).
So bila nak buat cubaan berenti hisap rokok kali ke 7?
Post a Comment