Latest Photo in my Fotopage

Random photo from my Fotopage

Friday, October 20, 2006

Balik Raya

Assalamualaikum,

Amacam sejak dari semalam orang semua dah start balikraya, jalan dalam KL pun dah mula kurang sibuk, bertukar pulak kat hi-way sekarang yang semakin sibuk.

Dulu orang yang nak balik ke Pantai Timur terpaksa lah lalu jalan negeri iaitu jalan lama melalui Karak, Temerloh, Maran, Gambang Kuantan...hingga Kuala Terengganu.

Bagus jugak dengan kewujudan LPT ni, cepat sikit kalau aku nak balik kampung. Tapi ada satu dua perkara yang aku rasa terkilan sikit, apsal Terengganu sebagai negeri yang banyak menyumbangkan hasil kat Malaysia ni begitu ketinggalan dari segi pembangunan, masa kerajaan pimpinan Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad dulu, Kemaman je nampak maju sikit, pastu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang duit pulak kena sekat , tapi nampaknya he manage to pay the slary of the state government personel. Sekarang ni Datuk Idris Jusoh (aku panggil Ayoh Yeh jer), nampak lagi teruk, Monsoon Cup lah, Equastrianlah, tapi orang kebanyakan macam aku ni dapat apa, dapat tengok? Buat apa, bukan minat pun benda2 camtu.

Aku bukannya orang politik , tapi itu semua dari pemerhatian aku selama ini lah.

Happy Eid Al-Mubarak to all my friend out there.

Wassalam

Striker

p/s: tahun ni balik raya naik flight, tak leh nak observed keadaaan jalan raya time balik raya. tiket bas boleh habis pulak....

No comments: