Latest Photo in my Fotopage

Random photo from my Fotopage

Friday, October 13, 2006

Kuda, Dadah dan Doa.

Berapa ekor kuda yang korang nampak kat gambar kat atas tu? Diberitakan terdapat 7 ekor kuda dalam gambar tu, tapi apa yang aku nampak 5/6 ekor je, sekor dah missing.
Main kuda macam ni tak pe, jangan main kuda kat turf club seri kembangan sana tu, haram berjudi tau.
Kalau nak kaya cepat meniaga, jangan dok main judi, nanti kayap jadi nya, jadi kudis lagi susah nak ubat. Judi ni boleh buat keluarga porak peranda. Duit habiskan untuk judi je sama macam penagih dadah je peunjudi ni, teringat aku sorang penagih dadah kat tempat aku. Isteri dia jadi maid kat rumah kakak aku, pastu dorang ada anak kecik dalam proses menyusu lagi lah kiranya.
Cukup bulan dah dapat gaji si isteri ni beli lah susu anak (org susah tau jelah kan nak dapatkan susu anak yg mahal ni), tup tup bawak balik rumah belum sempat bagi kat anak si suami durjana ni ambik susu tu jual buat beli dadah dia, esok nya si isteri datang mengadu dengan kakak aku. Sebab kesiankan dia kakak aku berilah duit lain kat maid dia.
Aku kalau benda-benda macam ni cukup benganglah, sebab utama aku rasa ajaran agama tak cukup, pastu mak bapak mewahkan sangat dengan wang ringgit, pastu mak ayah terlalu sibuk dengan kerja memasing, tak ambik tahu sangat pasal anak, yg dorang tahu bagi duit, at last bila anak dah rosak baru sibuk-sibuk nak berubat, dah telambat dah. Dia orang ni bukan tak boleh sembuh boleh, tapi jarang sangat orang-orang macam ni, ada keazaman yg tinggi untuk berubah, mudah mengalah dengan keadaan.
Zaman sekarang ni, dadah dah bermacam-macam jenis, sampai kita pun tak kenal benda yang anak kita bawak balik tu dadah ke ubat. Satu lagi kita ni jenis tak berapa prihatin pasal benda2 dadah ni, kalau ada pameran kita lalu je tak nak singgah tengok, tak nak update sikit knowledge kita yang seberapa ni.
Perkara yang paling penting ialah masukkan agama kedalam hati anak-anak kita, jangan setakat nak lepas periksa je, tapi pastikan yang dia orang ni betul2 paham apa yang dipelajari. Kalau anak2 dah paham, tak payah kita nak monitor lebih2 pun, dia orang sendiri boleh bezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Kita pun kena banyakkan ibadat, panjatkan doa kepada Allah selalu, jangan doa nak jadi kaya je, doa kan diri dan keluarga jauh dari syaitan, mintak mati dalam iman.
Kita banyak berdoa bila anak2 nak ambik periksa, mintak anak dapat semua A lagi, apa kita tak malu dengan Allah ke? Time senang kita tak ingat kat Dia, time nak sesuatu mintak, kalau tak makbul, siap merungut, muhasabah sikit diri tu , tengok apsal Allah tak makbulkan doa kita.



Wassalam

Striker

No comments: