Latest Photo in my Fotopage

Random photo from my Fotopage

Wednesday, September 27, 2006

Buka Puasa...Part 2

Semalam 26/9/2006, hari ke-3 puasa. Aku seperti biasa bersama Amin, ter-wonder -wonder kat mana nak buka puasa, tak kan nak gi area Masjid India lagi, lama-lama karang ada bau kari pulak.

5pm, kita orang dah sampai bawah dah. Kalau biasa pekena rokok dulu sebatang dua pastu baru decide nak merayau kat mana, bulan puasa beb, mana boleh buat semua tu. Bincang punya bincang , akhirnya Ampang Park jugak jadi pilihan, Shopping Complex yang terdekat.
Ampang Park - lepak tak tau apa nak buat, sambil2 bincang nak buka kat mana. Alamak kat sini banyak godaan rupanya, ramai pulak Amoi (GRO kat Ampang Park punya pub yg kat atas tu) melintas kat depan kita orang, pakaian masyallah dasyat aku cakap engkau, setengah tu dahlah pakai hot pants, sikit bawah lagi aku bet mesti nampak bulu punya. Itu Cina tak kesahlah mungkin stail diaorang kot. Tempat kita orang lepak tu betul-beul depan kedai jual beg, aku tengok dalam kedai beg tu lagi dahsyat, awek melayu yang baru nak kenal dunia (aku agak baru abis sekolah kot), pakai lagi dahsyat, seluar Jeans tapi bangsa yg cawat pendek punya, pakai baju nampak pusat punya, leleh sikit je seluar tu aku sure nampak bulu punya. Ini bukan cerita seks, tapi aku nak cakap orang melayu punya moral sekarang dah dahsyat beb, nak lawan kaum yg bukan melayu, yang bukan Islam. Jangan cakap aku renung dia org, semua tu pandangan aku secara sepintas lalu.
Dahsyat2 kat KL ni, kalau orang cakap aku org ulu pun aku tak kesah,

" Biasalah, brother ni kan KL, org pakai seksi tu biasalah, kat kampung pun ada gak yang pakai seksi" kata sorang budak kat aku, bila aku komen pasal pakaian dia orang.
Bukan pasal biasa tak biasa, kalau bangsa lain, yg agama lain selain Islam aku pun tak kesah, bukan tanggungjawab aku. Ini org Islam, nanti apa aku nak cakap kat akhirat nanti. At, least kalau aku dapat membenci dgn hati, itulah selemah-lemah iman.

Oklah sampai lah time dekat2 buka puasa, so aku dgn Amin decide kitaorang buka puasa kat Pelita Samudera Restoran, dekat je dgn opis kitaorang. Aku pun ajaklah adik aku makan sekali, kebetulan dia pun on the way balik rumah.

Aku dgn Amin biasalah simple je, aku order roti telur double, Amin pun order roti telur double, aku order teh tarik Amin pun order teh tarik, sampaikan aku order air suam, dia pun ikut sama order air suam, apalah mamat ni, ingatkan masa isi form nak ambik exam je meniru , sampai makan pun dia tiru..ishh...ishh...ishh. Nak tahu itu hari dia punya tiru aku masa isi form, sampai bab no telefon pun dia letak aku punya.

Ni lah benda yang kitorang (Aku, Amin dan Adik aku) makan masa berbuka semalam.


Nasi Goreng Ayam



Roti canai, Roti Telur and Teh Tarik


Teh O Ais Limau
Dah lah aku sendiri pun tak tahan tengok ni, time buka lambat lagi.
Cheers
Striker

2 comments:

LiNdA @ Da-Da said...

oits.. pepagi lagi dah pikior makan jer.. mana bulih jadik nih... pi buat keje la... hehehe

ANF said...

Ayoo, tu bukan setakat sekali tengok tuh, tuh dah takat tenung bebudak tuh pakai ape, detail gilerr.. hahaha.. aper pok striker nehh, tundukkan pandangannn.. hehehehe..

Aper neh gambo mkn bebanyok, menelan air lioq teman nengoknya.